Harta Dan Keluarga

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Renungan

Setiap orang sayangkan keluarga mereka. Ramai yang sanggup berkorban segalanya untuk ahli keluarga mereka, malah tiada seorangpun yang sanggup melihat ahli keluarga mereka menanggung penderitaan.

Kita buktikan kasih sayang kita dengan menyediakan rumah yang selesa untuk mereka. Kita membeli kenderaan untuk membawa mereka ke mana sahaja yang disukai.

Ketika kita masih hidup, kita pastikan keluarga kita mendapat yang terbaik. Jika sesuatu terjadi kepada diri kita, kita berazam untuk meninggalkan sesuatu yang terbaik untuk keluarga kita. Apakah yang ingin anda tinggalkan untuk keluarga anda sekiranya sasuatu yang buruk menimpa diri anda?.

Tahukah anda jika anda tinggalkan sebuah rumah untuk keluarga anda, keluarga anda mungkin terpaksa menjual rumah tersebut untuk dibahagikan sesama mereka, tetapi jika anda tinggalkan sebuah rumah dan perlindungan takaful, keluarga anda dapat menjaga rumah tersebut dengan baik dan membahagikan pampasan takaful sahaja. Sekurang-kurangnya keluarga anda masih mempunyai sebuah rumah pusaka untuk mereka berkumpul.

Share/Save/Bookmark

Umur Semakin Pendek

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Renungan

Salam sejahtera

Tahun 2009 sudah hampir melabuhkan tirainya. Banyak peristiwa suka duka telah kita semua lalui. Ada yang semakin berjaya, ada yang macam biasa dan ada juga yang kecewa.

Tahun 2009  merupakan tahun saya mula berjinak dengan blog. Banyak perkara yang perlu saya pelajari tentangnya. Tahun 2010 yang akan datang moga-moga saya lebih expert dalam dunia blog ni ( Tapi tak lah seexpert sifu-sifu lain yang banyak di arena ni).

2010 akan muncul

2010 akan muncul

Dengan berubahnya kalendar baru, maka berubahlah angka usia kita. yang 20-an akan menokok ke angka baru di hujungnya. Begitula -an-an yang lain. Sedar-tak sedar usia kita semakin menginjak dari kanak-kanak ke dewasa begitulah seterusnya. Ramai orang bila umur bertambah, menyambut dengan penuh syukur kerana umur masih panjang. Tapi di sana ada satu yang menunggu, sesuatu yang pasti : “Maut”. Entah berapa tahun lagi kita akan menghirup udara segar ini. Lihatlah dan ambillah pengajaran terhadap apa yang berlaku pada orang lain, masih muda sudah dijemput olehNya. Di sini benarlah perumpamaan buah kelapa, tidak perlu tua, masih muda lagi sudah ada yang gugur ke bumi, begitulah kita semua.

Yang berlaku tetap akan berlaku. Tanggungjawab perlu diteruskan walau berapa pun usia kita, dalam kita mencari rezeki untuk anak-anak, kita juga  pasti sudah menyediakan tabungan kecemasan untuk digunakan sewaktu sesak samaada oleh diri sendiri mahupun keluarga. Harapan saya, semua kita sudah membuat pilihan yang bijak dengan mewujudkan tabung yang dapat menyumbangkan kepada kita sejumlah wang yang besar walaupun baru beberapa hari menabung. Itulah takaful.

Saya menyeru kepada semua agar tidak lalai dengan keperluan yang satu ini. Ianya ibarat nasi yang diperlukan oleh semua orang. Kita masih hidup saat ini tidak menjamin bahawa kita akan hidup lagi tahun hadapan di masa anak-anak masih kecil dan isteri tidak berdaya menghadapi cabaran tanpa kita…Renungkanlah wahai insan dengan takdir yang pasti ini : Maut.

Sekian.

Share/Save/Bookmark

Takaful Keluarga

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Produk

Buktikan kasih sayang anda kepada keluarga dengan pelan takaful ini. Pastikan hidup mereka bahagia di dunia dan akhirat.

Setiap orang tidak akan terlepas dari mempunyai keluarga sendiri. Beban tanggungjawab mengemudi keluarga banyak terpikul di atas bahu  ketua keluarga. Peranannya tidak perlu dihuraikan lagi. Dia bertanggungjawab ke atas setiap jiwa yang dalam keluarganya. Begitu juga dengan wanita  berstatus ibu tunggal yang mengambil alih tempat suami sebagai ketua kepada anak-anaknya.

Dalam menjalankan tanggungjawab seharian ketua keluarga harus sedar bahawa air tidak selalunya tenang dan langit tidak selalunya cerah kerana dalam ketenangan air itu ada tersembunyi bahaya dan langit yang cerah itu tidak akan berterusan sampai ke petang. Sebagai manusia yang lemah dia tidak dapat menghidu malang yang akan datang. Apa yang perlu dilakukan adalah bersedia lebih awal. Sediakan payung sebelum hujan agar hujan yang turun tiba-tiba tidak membasahi tubuh. Dapatkan perlindungan kewangan dengan kadar segera kerana esok lusa belum tentu bernasib baik.

Untuk itu kami di MAA Takaful menyediakan kepada anda bentuk perlindungan yang sangat selamat untuk  dinikmati oleh anda sekeluarga lebih-lebih lagi di zaman kemalangan dan penyakit semakin bertambah. Dengannya anda dan keluarga dapat meneruskan hidup dengan tenang. Begitu juga selepas kematian anda, keluarga anda akan merasa sangat bersyukur kerana anda telah menyediakan sejumlah harta pusaka yang banyak untuk meneruskan hidup.

Anda bukan sahaja memastikan tanggungjawab anda terlaksana sepenuhnya bahkan menjadikan anda dilimpahi pahala yang tidak putus-putus kerana sebahagian caruman anda itu menjadi derma dan anak anda yang terdidik dengan harta peninggalan anda itu dapat menjadi manusia berguna dan sentiasa mendoakan kebahagiaan anda di alam sana.

>>Lihat brosur

>>Mohon sekarang

Share/Save/Bookmark

Takaful Wanita

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Produk

Perlindungan untuk wanita prihatin bermula dari sini

Anda mungkin seorang ibu,kakak,adik,suri rumah,isteri dan mungkin juga ibu tunggal.

Pendek kata siapa pun anda, anda tetap seorang yang bernama wanita. Tahukah anda bahawa wanita adalah golongan yang paling terdedah kepada penyakit seperti  kanser! Apabila dihidapi penyakit, sudah tentu kos perubatannya mahal. Jangan biarkan keluarga anda turut menderita kerana anda.

Satu persoalan lain….Sudahkah anda bersedia untuk mati!? Perkataan yang satu ini jika boleh ingin dihindari oleh sesiapa sahaja. Namun itulah hakikat kehidupan, walau sejauh mana kita lari dari mati maka semakin dekatlah ia menghampiri kita. Walaupun begitu kita disuruh oleh Allah agar berusaha berjuang sedaya upaya agar dapat hidup selama mungkin di atas muka buminya ini. Itulah yang dinamakan ikhtiar hidup.

Untuk menjadikan ikhtiar hidup anda berada pada tahap paling maksima seperti yang dituntut, maka pihak MAA Takaful menyediakan kepada anda satu bentuk perlindungan yang berkonsepkan syariah agar anda dapat menjadikan nyawa anda berterusan untuk jangka masa lebih panjang lagi. Mengapa tidak?!, kerana sejumlah wang yang besar telah tersedia untuk anda gunakan bila memerlukan.

Dengan perlindungan ini juga anda dapat menikmati manfaat di akhirat kelak kerana sebahagian wang anda dijadikan sumbangan derma kepada peserta-peserta MAA Takaful yang ditimpa musibah. Sesungguhnya dunia adalah tempat terbaik untuk pelaburan akhirat. Mulakanlah langkah anda untuk mendapat pahala berganda di sini sebelum anda dijemput oleh Yang Maha Esa kelak.

>>Lihat brosur

>>Mohon sekarang

Share/Save/Bookmark

Takaful Haji & Umrah

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Produk

Peluang untuk  anda melakukan Haji dan Umrah dengan selamat di Tanah Suci di samping jaminan kecemasan di Tanah Air

Menunaikan haji adalah satu impian yang didambakan oleh setiap orang Islam. Tetapi apakah persediaan anda untuk itu? Dengan Pelan Haji dan Umrah ini, anda bukan sahaja menabung, bahkan melindungi diri anda dari sekarang hinggalah anda selesai melaksanakan rukun ke-5 itu.

Semasa anda berada di Tanah Suci kelak, anda akan diberikan perlindungan berganda agar anda dapat melaksanakan Ibadah Haji dengan tenang dan  sesempurna mungkin. Jika anda terlebih dahulu meninggal dunia, pihak Syarikat memperuntukan RM5000 sebagai upah haji anda.

Dengan pelan ini juga anda bakal menikmati lain-lain manfaat yang sangat diperlukan anda.

>>Lihat brosur

>>Mohon sekarang

Share/Save/Bookmark

Derita setahun tidak bergerak

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Coretan Hidup

Pelajar sepatut duduki  SPM makin tenat akibat bengkak otak

HASRATNYA menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini terpaksa dilupakan apabila dia hanya terlantar sakit sejak setahun lalu akibat otaknya membengkak.

Keadaan itu menyebabkan Intan Zailifatini Jamil, 17, hanya terbaring di tempat tidurnya dengan ditemani nenek, Buziah Saaid, 66, yang menguruskan makan dan minum selain memandikannya setiap hari di rumah mereka di Kampung Sadek, Kupang, Kedah.

Sekadar Gambar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Intan Zailifatini yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai menjadi anak yatim selepas bapanya, Jamil Ling, meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu.

Pelajar berkenaan diserang penyakit itu tahun lalu ketika Baca seterusnya…

Share/Save/Bookmark

Patina 77

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Produk

Bentuk perlindungan kemalangan berasaskan syariah yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja – beserta khairat kematian.

Anda mungkin merasa yakin bahawa setiap kali kaki anda melangkah keluar dari rumah mencari rezeki, anda tidak akan ditimpa kemalangan. Jika itu anggapan anda, anda sebenarnya tersilap. Mengikut statistik setiap tahun kemalangan telah meragut banyak nyawa. Kemalangan boleh berlaku dalam berbagai bentuk samaada dirumah mahupun di luar rumah. Kemalangan jalanraya, industri  mahupun jenayah. Jika anda ditakdirkan ditimpa kemalangan, siapakah yang akan menggantikan anda mencari sesuap nasi untuk keluarga anda pada masa anda sedang terlantar di atas katil atau berkerusi roda. Janganlah biarkan keluarga anda menderita kerana terpaksa bekerja untuk menyara anda dan diri mereka. Ambillah kisah orang lain sebagai pengajaran. Renungkan…..

Apa Itu PATINA 77?
PATINA 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) direka khas daripada MAA Takaful Berhad untuk keperluan perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 Jam terhadap kemalangan walau dimanapun anda berada. Dengan pelbagai pelan dan pelan-sub untuk dipilih, anda boleh berasa yakin yang ianya merupakan pelan Takaful untuk semua.

>>Lihat brosur


>>Fakta

>>Mohon sekarang

Share/Save/Bookmark

TakafuLink Pelaburan Peribadi

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Produk

Caruman Pelaburan Individu – Berterusan Sehingga Usia Anda 80 Tahun.

Sebagai pelan berkaitan pelaburan tunggal, Takafulink Single-Invest sesuai untuk mereka yang mengutamakan perancangan kewangan jangka masa pertengahan hingga panjang. Pelan ini memberikan peluang untuk mengumpulkan wang anda sendiri bersama pelabur yang lain supaya semua peserta berpeluang menikmati hasil pengurusan dana dari pengurus dana yang sangat berpengalaman.

>>Lihat brosur

>>Mohon sekarang


Share/Save/Bookmark

Takaful Pendidikan

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Produk

Gabungan Pelan Pendidikan Dan Pelaburan Menurut Prinsip Syariah


Pelan Takaful Pendidikan direka khusus untuk membantu anda merancang dan mengembangkan tabungan pendidikan anak anda. Dengan hanya caruman RM50.00 setiap bulan, anda telah mengambil langkah pertama menjamin masa depan anak-anak anda.

Pelan ini juga memberikan ganjaran tambahan untuk anank-anak anda yang memperolehi pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya.

>>Lihat brosur

>>Mohon sekarang

Share/Save/Bookmark

Smart Medic 100

Posted by: Mahyuddin  :  Category: Produk

Pelan Kesihatan Keluarga Istimewa Yang Memberikan Perlindungan Sehingga Usia 80 Tahun

SmartMedic 100 merupakan pelan yang memberikan anda dan keluarga anda satu pilihan perlindungan hospital dan pembedahan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bila anda sangat memerlukannya. Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan kepada anda kemasukkan hospital yang terjamin juga membantu menjelaskan bil- bil perubatan anda kepada hospital-hospital panel kami. SmartMedic 100 juga menyediakan anda sejumlah wang berupa khairat kematian bernilai RM5000.00 untuk meringankan beban keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia yang berpunca dari apa jua sebab.

Dapatkan maklumat lanjut dalam brosur berikut

>>Brosur 1

>>Brosur 2

>>Statistik pampasan

>>MiCares

>>Hospital panel

>>Mohon sekarang


Share/Save/Bookmark